Ambil paliatif, selepas tiada rawatan lain
Iklan
Paliatif memberi sokongan dari aspek psikologi dan kerohanian kepada anak Noor Shahira.
SHAH ALAM - Selepas mengetahui tiada rawatan lain untuk merawat kanser otak yang dihidapi anak perempuan sejak dua tahun lalu, pihak keluarga membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan paliatif.
Ibu pesakit, Noor Shahirah Mohd Fuzi, 26, berkata, dia bersetuju untuk mengambil rawatan itu pada Ogos lalu kerana mahu melihat anak sulungnya, Nur Umairah Abdul Rahman, 8, kembali sihat.