'Kaji mengapa sekolah vernakular lebih menjadi pilihan'
Iklan
Hannah ketika menjadi tetamu program Bersama Johan Jaaffar di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.Foto Sinar Harian/Asril Aswandi Shukor
SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran untuk melihat dan mengkaji semula kualiti sistem pendidikan di sekolah kebangsaan (SK).
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, ia kerana peratusan kanak-kanak dalam kalangan kaum Melayu dan India yang dihantar ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dilihat semakin meningkat ketika ini.