Mana mungkin PH-PN bekerjasama
Iklan
Setakat ini PH hanya akan bekerjasama dengan empat parti komponennya sahaja iaitu DAP, PKR, Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bagi menghadapi PRU15 nanti.
Gabungan itu tidak gentar hadapi saingan BN dan PN, pada PRU15
SHAH ALAM - Biarpun mempunyai matlamat sama iaitu menewaskan BN, namun Pakatan Harapan (PH) berkemungkinan besar tidak akan menubuhkan 'khemah besar' dan bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15) nanti.
Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, walaupun Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan dengan jelas bahawa BN adalah musuh utama PN, namun itu tidak bererti PH akan bekerjasama dengan gabungan berkenaan, pada PRU15.