Polemik Pas-UMNO-Bersatu berpotensi cetus jajaran politik baharu saat akhir
Iklan
Abdul Hadi (kanan) bersama Muhyiddin (tengah) dan Tuan Ibrahim (kiri) ketika hadir pada Muktamar Tahunan PAS Ke-68 di Kompleks PAS Kedah pada 3 September lalu.
-- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
SHAH ALAM - Polemik politik terkini membabitkan hubungan Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpotensi mencetuskan perubahan jajaran politik baharu bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada saat akhir, sekiranya implikasinya semakin memburuk.
Penganalisis politik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, meskipun Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan Pas kekal komited bersama PN menerusi pertemuan beliau dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada malam Isnin, hakikatnya perkara itu masih belum mencapai kata muktamad.