Tidak boleh bergabung jika dasar parti ibarat minyak dan air
Iklan
Mohd Razlan dalam Program Berani Semuka bertajuk "Solo Atau Gabung Parti: Rakyat Dapat Apa?” yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sesebuah parti tidak boleh bergabung dengan parti yang lain jika dasar perjuangan mereka berbeza ibarat minyak dan air.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, sekiranya dasar perjuangan antara parti yang bergabung itu ibarat minyak dan air, ia hanya akan menimbulkan pertelingkahan dalam kabinet dan menyebabkan rakyat sengsara.