Kawal perbelanjaan, cari jalan tambah pendapatan
Iklan
Orang ramai perlu kawal perbelanjaan dengan memberikan keutamaan terhadap keperluan berbanding kehendak ketika hadapi keadaan ekonomi mencabar. - Foto 123RF
SHAH ALAM - Rakyat Malaysia perlu mengawal perbelanjaan dengan memberikan keutamaan terhadap keperluan berbanding kehendak ketika menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar.
Pakar Kewangan Pengguna, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, langkah tersebut merupakan perkara paling asas perlu dilakukan apabila berhadapan dengan isu kemelesetan ekonomi.