PRU15: DAP bakal tonjol lebih ramai calon Melayu
Iklan
Anthony berkata, selaku setiausaha agung DAP, beliau cuba membawa satu kepimpinan yang inklusif dan memberi platform sebanyak mungkin kepada pemimpin-pemimpin pelapis. - Foto Rafeq Redzuan
DAP akan mengetengahkan lebih ramai calon Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mengisi kekosongan kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Setiausaha Agung DAP, ANTHONY LOKE SIEW FOOK berkata, langkah itu antara lain sebagai usaha memperkasakan kepelbagaian dalam kepimpinan DAP.