Jangan tertipu dengan 'influencer'
Iklan
Jika pelaburan saham mudah dan sangat menguntungkan, tentulah tabung-tabung pelaburan yang melabur dalam saham seperti KWSP, PNB dan Tabung Haji membayar dividen tinggi macam diuar-uarkan oleh influencer serta sifu itu. - Foto 123rf
DALAM keadaan ekonomi negara dan dunia tidak menentu sekarang, malah diramalkan lebih teruk tahun depan, berhati-hatilah membuat pelaburan.
Bank Dunia, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan banyak lagi agensi ekonomi telah memberi amaran bahawa pemulihan ekonomi dunia dikhuatiri terencat tahun depan akibat tekanan inflasi.