'Sudah terlalu lewat Pas 'rujuk semula' UMNO'
Iklan
Pada 2 September lalu, Ahmad Zahid berkata UMNO tidak akan membentuk pakatan dengan Pas untuk menghadapi PRU15 kerana parti Islam itu telah menyimpang daripada gagasan MN yang mereka tandatangani pada 2019.
Pakar lihat kesungguhan Pas mahu kembali bersama BN kerana menyedari pengaruh Bersatu semakin lemah
SHAH ALAM - Pas dilihat mahu 'merujuk semula' dengan UMNO tetapi tetap ingin bersama Perikatan Nasional (PN) kerana sedar bahawa kekuatan dimiliki Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah lemah.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, pada awalnya Pas bergabung bersama Bersatu di bawah PN kerana percaya parti itu semakin kuat susulan penghijrahan pemimpin utama UMNO dan PKR menyertai Bersatu.