Kos haji: Mohon kerajaan pertimbang empat pendekatan
Iklan
Kerajaan disaran mengambil kira beberapa pendekatan sekiranya berhasrat untuk melaksanakan pengurangan subsidi bagi bayaran mengerjakan ibadah haji.
Jika berhasrat untuk laksana pengurangan subsidi bagi bayaran mengerjakan ibadah haji
SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengambil kira empat pendekatan sekiranya berhasrat untuk melaksanakan pengurangan subsidi bagi bayaran mengerjakan ibadah haji.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, yang pertama ialah pemberian subsidi haji dengan kadar nisbah berbeza secara bersasar kepada jemaah yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40) sahaja.