Arahan Putin kuatkan lagi cengkaman Rusia ke atas Ukraine
Iklan
Putin mengarahkan kira-kira 300,000 askar ke empat wilayah Ukraine. - Foto AFP
PADA Rabu lalu, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan sebahagian anggota-anggota tenteranya dan berikrar untuk menggunakan 'semua cara yang ada' bagi melindungi wilayah Rusia selepas empat wilayah Ukraine membuat keputusan secara tiba-tiba.
Empat wilayah yang dikuasai oleh Moscow mengumumkan pungutan suara sama ada penduduk bersetuju tentang peluasan kuasa Rusia ke atas wilayah-wilayah tersebut.