Tindakan lebih tegas kepada penternak babi haram
Iklan
Aminuddin (gambar kecil) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri pada Rabu.
Kerajaan Negeri Sembilan bertindak tangani isu Sungai Rambai tercemar
SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil tindakan lebih tegas dalam menangani isu Sungai Rambai di Lukut yang kini diklasifikasikan sebagai sungai paling tercemar di Malaysia.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri mengambil maklum bahawa memang terdapat penternakan babi secara haram di kawasan Sungai Rambai dan ia adalah pencemaran yang amat mendukacitakan.