'Kurangkan cukai pendapatan rakyat'
Iklan
Beberapa langkah seperti mengurangkan jumlah cukai boleh dilaksanakan sekiranya GST diwujudkan kembali. Gambar kecil: Marimuthu
Fomca saran kerajaan timbal balik kepada rakyat sekiranya kembali laksana GST
SHAH ALAM - Kerajaan disaran mengurangkan cukai pendapatan sekiranya cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula di negara ini.
Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Profesor Datuk Dr N Marimuthu berkata, pengurangan lain seperti cukai jalan, cukai pintu dan cukai tanah turut digalakkan sebagai usaha mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat ketika ini.