Leopold II, raja tamak dan zalim
Iklan
Patung Raja Leopold II dirosakkan oleh aktivis antiperkauman semasa gelombang protes Black Lives Matter yang melanda seluruh dunia dua tahun lalu.
BRUSSELS - Leopold II (9 April 1835 - 17 Disember 1909) merupakan Raja Belgium yang secara umumnya diingati sebagai pengasas dan pemeras Negara Bebas Congo (Congo Free State) yang kejam.
Pada 1885, Leopold II telah menubuhkan Negara Bebas Congo sebagai tanah persendirian khusus kepada baginda tanpa sebarang kaitan dengan kerajaan Belgium.