Punca kualiti perkhidmatan bas menurun
Iklan
Kos operasi yang tinggi dan kekurangan pemandu menyebabkan pengusaha bas ekspres terpaksa mengurangkan jadual perjalanan.
PANDEMIK Covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia sejak lebih dua tahun lalu sememangnya memberi kesan yang cukup besar kepada banyak pihak termasuklah sektor perkhidmatan bas ekspres.
Disebabkan terlalu lama 'tersadai' ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai pengusaha industri itu yang berdepan dilema terutamanya dalam menampung kos perkhidmatan sehingga ada yang terpaksa mengurangkan jumlah trip.