77 peratus golongan muda dijangkiti HIV tahun lalu
Iklan
MAC melakukan usaha bersama KKM untuk mengurangkan jangkitan HIV khususnya melibatkan transmisi seksual. Gambar kecil: Parimelazhagan
SHAH ALAM - Sebanyak 77 peratus golongan muda dari kumpulan umur 20 hingga 39 tahun di negara ini didapati positif HIV tahun lalu berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pengarah Eksekutif Majlis AIDS Malaysia (MAC), Parimelazhagan Ellan berkata, golongan itu datang daripada pelbagai latar belakang dan pekerjaan.