Madammu berjuang ubah hidup wanita
Iklan
Eriyca Baiduri bersama Johan dalam program berkenaan yang disiarkan di semua platform media sosial Sinar Harian pada Rabu.
PENGASAS syarikat produk kecantikan tempatan, Noir Health & Beauty Sdn Bhd, Eriyca Baiduri Abd Rashid menyifatkan wanita pada hari ini tidak sama seperti dahulu yang kerjanya hanya duduk di dapur.
Mesra disapa Madammu, jutawan muda itu menegaskan, wanita mempunyai tenaga tersembunyi yang mampu menggegar dunia.