Armenia-Azerbaijan berperang lagi?
Iklan
Sempadan Azerbaijan dan Armenia menjadi lokasi pertempuran terbaharu kedua-dua pihak. — Twitter
SELEPAS tentera Rusia menceroboh Ukraine sejak 24 Februari lalu, satu lagi peperangan dibimbangi akan berlaku antara negara Azerbaijan dengan Armenia selepas kedua-dua pihak saling menuduh antara satu sama lain melanggar perjanjian gencatan senjata yang dimeterai pada tahun 2020.
Sebelum ini, kedua-dua negara itu pernah berperang sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1990an dan 2020 bagi merebut wilayah Nagorno-Karabakh yang menjadi milik Azerbaijan tetapi didiami oleh penduduk berketurunan Armenia.