Tangani isu integriti penjawat awam
Iklan
Isu integriti tidak boleh dipandang remeh kerana ia mampu meranapkan sistem pentadbiran kerajaan yang berupaya merencatkan agenda pembangunan sesebuah negara. - Foto hiasan
‘KERANA nila setitik, rosak susu sebelanga’. Perumpamaan itu amat sesuai dikaitkan dengan isu integriti penjawat awam yang sering diperkatakan atau tular dalam media sosial.
Walaupun hanya segelintir yang terlibat, penularan isu-isu sebegitu sedikit sebanyak mencalarkan imej dan kredibiliti keseluruhan penjawat awam di Malaysia.