Bajet 2023: PH sokong jika tidak berpihak hanya kepada UMNO
Iklan
Tony Pua pada program Wacana Sinar edisi ke-365 yang bertajuk 'Bajet 2023: Tawaran untuk PRU15' yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.
SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) akan memberikan sokongan kepada pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 7 Oktober depan sekiranya memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.
Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berkata, pembentangan itu juga perlu bersifat adil dan tidak boleh memihak kepada golongan tertentu atau pihak UMNO sahaja.