Keberkesanan program pemulihan sungai cetus tanda tanya
Iklan
Pencemaran sungai yang berada pada Kelas Lima seperti Sungai Rambai tidak sesuai untuk sebarang aktiviti. Gambar kecil: Maketab Mohamed
SHAH ALAM - Pemulihan sungai sudah dilaksanakan seperti di Sungai Gombak, Sungai Melaka dan Sungai Segget namun keberkesanannya sehingga kini masih lagi dipersoalkan.
Pakar kualiti air, Dr Maketab Mohamed berkata, di Malaysia, pemulihan sungai sudah berlaku di beberapa tempat namun kurang berjaya kerana teknik yang salah.