Hapus cukai bebankan kerajaan
Iklan
Penghapusan cukai jalan kenderaan boleh membebankan kerajaan dalam memastikan jalan raya di negara ini dapat diselenggara dengan baik. Gambar kecil: Ahmed Razman
SHAH ALAM - Penganalisis Ekonomi daripada Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff tidak bersetuju dengan cadangan untuk menghapuskan cukai jalan kenderaan.
Menurut beliau, cadangan itu akan membebankan kerajaan untuk mencari peruntukan bagi proses penyelenggaraan jalan raya.