Hentikan segera aktiviti haram penternakan babi
Iklan
Sungai Rambai berada pada kedudukan pertama sungai tercemar di Malaysia. (Gambar kecil : Ahmad)
SHAH ALAM - Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) menggesa pihak berkuasa segera menghentikan aktiviti penternakan babi secara haram yang didakwa menjadi punca Sungai Rambai di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan menjadi sungai paling tercemar di negara ini.
Presiden MNS, Profesor Dr Ahmad Ismail berkata, punca pencemaran itu berlaku perlu dihentikan agar ia tidak mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat sekitar selain memulihkan semula keadaan sungai berkenaan.