Kenaikan harga lantai mampu redakan tekanan penoreh
Iklan
Donya berharap kerajaan dapat mengekalkan bantuan sepanjang musim Monson Timur Laut.
KUALA KRAI - Kenaikan harga lantai getah dilihat mampu meredakan ‘tekanan’ yang dihadapi oleh penoreh ketika berdepan kejatuhan harga komoditi itu.
Kenaikan tersebut juga boleh menjadi ‘penyelamat’ ketika penoreh berdepan Monsun Timur Laut yang menyebabkan mereka tidak dapat keluar mencari rezeki.