Walaupun jatuh, ringgit masih kukuh berbanding mata wang lain
Iklan
Carta menunjukkan kedudukan terkini nilai ringgit berbanding dolar AS. Gambar kecil dari atas: Firdaos, Mohamad Fazli
SHAH ALAM - Biarpun ringgit merosot dengan nilai tukaran semasa RM4.50 bagi dolar Amerika Syarikat (AS$1) dan terus mencatatkan momentum penurunan sejak minggu lepas, namun nilai mata wang negara masih kukuh.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Firdaos Rosli berkata, ekonomi asas negara masih kukuh berbanding kebanyakan negara lain di dunia, tetapi kekuatan dolar AS telah menumpulkan aspek ini.