Kanak-kanak di Flat PPR paling terabai
Iklan
Kanak-kanak di PPR antara yang kerap terabai dalam pendidikan, pemakanan dan kesihatan. - Gambar hiasan. Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
PETALING JAYA - Kanak-kanak yang tinggal dengan keluarga di kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) dikenal pasti tergolong dalam kumpulan yang sering terabai dari segi emosi dan pendidikan.
Pengurus Besar Pusat Jagaan Kanak-Kanak Shelter, Chris Fan mendedahkan, keadaan itu berlaku disebabkan kurang perhatian diberikan oleh ibu bapa yang sibuk mencari nafkah.