Kemiskinan kanak-kanak di Malaysia meningkat
Iklan
Isu kemiskinan kanak-kanak perlu diberi perhatian kerajaan untuk memastikan tiada generasi muda yang ketinggalan. - Gambar hiasan Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Satu daripada lima kanak-kanak di Malaysia hidup di bawah paras kemiskinan
PUTRAJAYA - Peratusan kanak-kanak yang tinggal dalam keluarga isi rumah miskin di negara ini dianggarkan meningkat hampir 20 peratus selepas pandemik Covid-19, dengan satu daripada lima berada di bawah paras kemiskinan.
Situasi itu disebabkan pendapatan ibu bapa mereka terjejas akibat pandemik, malah lebih tinggi berbanding peratusan kenaikan kadar kemiskinan isi rumah nasional sebanyak 2.8 peratus, iaitu dari 5.6 peratus kepada 8.4 peratus.