Beri petani, penternak bantuan peralatan teknologi
Iklan
Orang ramai disaran berusaha bersama-sama dalam menjayakan pelan sekuriti makanan seperti mula menanam sayur-sayuran serta buah-buahan sendiri di halaman rumah. (Gambar kecil: Barjoyai)
Bantuan seperti mengimport dan menyediakan dron agar produktiviti mereka lebih baik
SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengutamakan pelan sekuriti makanan dalam Bajet 2023 susulan nilai mata wang ringgit yang dilaporkan menyusut serta memberikan kesan kepada sektor import pemakanan.
Pakar Ekonomi, Dr Barjoyai Bardai mencadangkan supaya para pengusaha asas tani dan penternakan diberikan bantuan sama ada dalam bentuk mekanisasi ataupun secara teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti mengimport dan menyediakan dron agar produktiviti mereka lebih baik.