Enjin F-35 AS ada komponen dari China
Iklan
Jet-jet tempur F-35 banyak digunakan dalam pasukan tentera AS. - Foto AFP/AS Navy
AMERIKA Syarikat (AS) yang terlibat dalam perbalahan dan perang perdagangan dengan China akhirnya membuat keputusan menghentikan penerimaan jet-jet tempur baharu F-35 baru-baru ini selepas satu komponen enjin pesawat tersebut didapati dibuat dari negara komunis itu.
Keputusan untuk menggantung penerimaan jet-jet tempur yang setiap satunya berharga puluhan jutaan dolar AS itu diumumkan pada Rabu lalu oleh jurucakap Pejabat Program Bersama F-35, Russel Goemaere, lapor media negara tersebut.