Saranan jangan buka aib keluarga umpama lindungi pemangsa
Iklan
Firzana Redzuan -Foto: Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
SHAH ALAM - Saranan supaya tidak mendedahkan aib keluarga dalam isu penderaan seksual kanak-kanak umpama satu tindakan melindungi pemangsa.
Pengasas Monsters Among Us, Firzana Redzuan berkata, isu penderaan seksual kanak-kanak adalah satu isu jenayah besar dan bukan hanya berkisar mengenai aib keluarga sahaja.