'Tidak mustahil Pas jadi king maker'
Iklan
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang (tengah) bersama Mursyidul Am Pas., Datuk Hashim Jasin serta barisan pimpinan Pas bergambar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-68 di Kompleks PAS Kedah malam Ahad. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Pendirian Pas yang mahu menjadi king maker (penentu kerajaan) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilihat munasabah kerana pengundi Melayu khususnya Islam adalah penentu keputusan pilihan raya tersebut.
Penganalisis Sosio Politik, Datuk M Periasamy berpandangan, memandangkan Pas mampu mempertahankan beberapa negeri ketika PRU15 malah semakin mendapat sokongan daripada orang Melayu, maka tidak mustahil parti itu mampu menyatupadukan orang Melayu demi kepentingan Melayu dan Islam.