Parti boleh laksana larangan jadi calon
Iklan
Cadangan melarang individu yang berdepan perbicaraan kes rasuah dan penyelewengan wang di mahkamah daripada menjadi calon pilihan raya boleh dilakukan di peringkat parti masing-masing. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mujibu)
SHAH ALAM - Cadangan melarang individu yang berdepan perbicaraan kes rasuah dan penyelewengan wang di mahkamah daripada menjadi calon pilihan raya boleh dilakukan di peringkat parti masing-masing.
Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berpandangan, hal ini disebabkan untuk menggubal undang-undang atau akta di peringkat Parlimen dilihat sukar dilaksanakan kerana memerlukan persetujuan majoriti ahli Dewan Rakyat.