Tiga pilihan buat Bung Moktar, isteri
Iklan
Bung Moktar dan isterinya, Zizie Izette tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk mendengar keputusan pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad. - Foto Bernama (Gambar kecil: Ahmad Shamil Azad)
Boleh dikemukakan untuk perbicaraan kes bela diri bermula 23 September ini
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad mempunyai tiga pilihan yang boleh dikemukakan untuk perbicaraan kes bela diri selama 14 hari bermula 23 September ini.
Peguam, Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid berkata, tiga pilihan tersebut adalah keterangan secara bersumpah, keterangan secara tidak bersumpah atau memilih untuk berdiam diri.