Penjara sahaja sudah cukup, tidak perlu kekerasan
Iklan
Program Di Sebalik Isu Bersama FY bertajuk 'Mansuh Hukuman Sebat, Penjenayah Hela Nafas Lega?' menampilkan Noor Aishah (tengah); Fahri (kanan) dan Mohd Nuri (secara dalam talian) yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
SHAH ALAM - Hukuman berbentuk kekerasan dan keganasan tidak sepatutnya dikenakan kepada banduan kerana hukuman penjara sahaja mencukupi bagi memberi pengajaran kepada golongan itu.
Pengurus bersama Tetuan Fahri, Azzat & Co., Fahri Azzat berpandangan, sebarang bentuk hukuman seharusnya menjadikan masyarakat lebih menghormati undang-undang dan bukan memberi kegerunan.