Peguam Negara: Kenyataan Azalina bahaya
Iklan
Wong Chin Huat dalam Program Sinar Live bertajuk ‘Pengasingan Kuasa vs Orang Dia’ yang dikendalikan oleh Hazwan Mokhtar dan disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian.
SHAH ALAM – Kenyataan dibuat Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa Perdana Menteri seharusnya melantik Peguam Negara dalam kalangan ‘orang dia’ adalah suatu yang bahaya.
Penganalisis politik, Profesor Wong Chin Huat turut mengambil contoh jika Peguam Negara adalah dalam kalangan orang Perdana Menteri dan tindakan seluruh anggota UMNO yang mahu membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak.