Majikan sengaja ambil kesempatan
Iklan
Pengawal keselamatan dikerah bekerja sehingga 30 hari sebulan tetapi tidak dibayar upah bekerja pada hari rehat. - Foto 123rf
Ada pekerja terima bawah gaji minimum, caruman KWSP lambat dibuat
SHAH ALAM - Terdapat majikan yang mengambil kesempatan tidak membayar elaun kerja lebih masa kepada pekerjanya dengan kadar seperti ditetapkan kerajaan.
Presiden Persatuan Pengawal Keselamatan Bersatu Malaysia (MUSGA), Mohamad Nizam Hamzah mendedahkan, pihaknya menerima banyak aduan daripada pengawal keselamatan tempatan yang tidak dibayar elaun selepas melakukan kerja lebih masa.