Misi gagal paling memalukan AS
Iklan
Pasukan terakhir tentera AS meninggalkan Kabul pada 31 Ogos 2021.
KABUL - Tanggal 31 Ogos menandakan sudah genap setahun pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari Afghanistan yang disifatkan sebagai perang paling lama dalam sejarah negara itu.
Langkah memanggil pulang pasukan tentera Amerika itu bagaimanapun mencetuskan situasi huru-hara di Kabul yang menyaksikan lebih 120,000 dipindahkan dan nasib kebanyakan golongan tersebut masih tidak terbela sehingga kini.