PRU15 sesuai diadakan November
Iklan
Wan Ahmad yakin SPR sudah pun bersedia untuk menghadapi PRU15 kerana tahun ini sudah masuk tahun kelima dalam penggal Parlimen.
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sesuai diadakan pada November tahun ini.
Beliau berkata, keadaan cuaca di negeri-negeri pantai timur pada bulan tersebut masih baik ekoran belum memasuki musim tengkujuh dan peperiksaan sekolah juga telah selesai dalam tempoh itu.