Kuburkan polemik lama
Iklan
Hadi sebelum ini mendakwa golongan yang paling besar merosakkan politik dan ekonomi negara, majoritinya daripada kalangan bukan Islam dan bukan bumiputera.
RUPANYA saya adalah seorang perasuah. Bukan saya sahaja yang perasuah tetapi kawan saya – Ah Cheah, Ah Beng, Ah Lian, Ramasami, Alfred, Elizabeth, Sukhdev Singh dan ramai lagi juga kuat rasuah.
Begitulah andaian saya berdasarkan kepada logik dan hujah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa golongan tidak berintegriti dan punca rasuah adalah golongan paling besar merosakkan politik serta ekonomi negara. Majoriti mereka adalah daripada kalangan bukan Islam dan bukan bumiputera.