'Tawaran gaji berganda'
Iklan
Setakat ini, kira-kira 400,000 rakyat Malaysia bekerja di Singapura termasuk dalam sektor 3D. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Semakin ramai anak muda di negara ini yang cenderung berhijrah mencari rezeki di luar negara atas beberapa faktor terutama tawaran gaji lumayan dan pengalaman kerja.
Pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata, mereka juga tidak kisah untuk bekerja sebagai pekerja am atau dalam sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar).