Bukan sebarang mak cik cleaner
Iklan
Kepetahan 'mak cik cleaner’ di Masjid Negara, Kuala Lumpur yang bertutur bahasa Jepun, Inggeris dan Melayu tersebar di media sosial minggu ini.
BUKAN satu atau dua, tetapi tiga bahasa dikuasai oleh seorang ‘mak cik cleaner’ di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Dalam video berdurasi 45 saat yang tersebar di media sosial minggu ini, wanita itu dilihat memakai uniform perkhidmatan pembersihan berwarna merah jambu dan memegang mop sambil menerangkan cara penggunaan perkataan ‘sudah’ kepada sekumpulan pelancong Jepun.