Bukti Malaysia tak kompromi rasuah
Iklan
Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd. (Gambar kecil: Nurhayati)
Keputusan mahkamah kejayaan pertempuran rakyat menentang keangkuhan rasuah
SHAH ALAM - Keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, menjadi tanda aras bahawa Malaysia tidak akan berkompromi dengan sebarang perilaku rasuah dan salah guna kuasa sekalipun ia melibatkan bekas kepimpinan tertinggi negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berkata, hukuman yang diputuskan itu bersifat adil tanpa menghiraukan siapa si pelakunya.