Najib ke tirai besi, Jho Low masih 'tidak dijumpai'
Iklan
Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Pihak berkuasa Malaysia wajib buru Jho Low sampai lubang cacing
SHAH ALAM - Pengamal undang-undang, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, percaya masih ada sinar harapan bagi pihak berkuasa untuk menahan dan mengekstradiksi ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low ke Malaysia, biarpun peluangnya tipis buat masa ini.
Mohamed Haniff Khatri menjelaskan pihak berkuasa Malaysia masih berpeluang menahan Jho Low jika Malaysia mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak berkuasa antarabangsa termasuk Polis Antarabangsa (Interpol) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI).