Siapa Zainab?
Iklan
Laporan audit forensik BHIC yang dinyahklasifikasi sebagai terbuka pada Isnin ada menyatakan Zainab Mohd Salleh sebagai pasangan Abdul Latiff.
SHAH ALAM - Nama Zainab Mohd Salleh menjadi bualan rakyat Malaysia sejak semalam selepas didedahkan sebagai 'jerung besar' skandal kapal tempur pesisir (LCS).
Pendedahan tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang turut mengaitkan Zainab sebagai isteri kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abd Latiff Ahmad.