Setahun yang di luar jangkaan
Iklan
Ismail Sabri beramah mesra bersama kanak-kanak Tabika Kemas ketika hadir Majlis Perasmian Program Jom Masuk Kampung dan Hari Potensi Kemas Parlimen Bera Padang Sekolah Menengah Felda Triang 3. - Foto Bernama
HARI ini genap setahun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, anak penoreh getah dari Pahang menjadi Perdana Menteri. Detik beliau mengambil alih pentadbiran mungkin detik paling sukar jika dibandingkan dengan mana-mana Perdana Menteri.
Hanya usaha mendapat kemerdekaan dan memulihkan negara akibat tragedi 13 Mei 1969 mungkin melebihi kesukaran yang dihadapi Ismail Sabri.