Zaid jadi peguam Najib cuma 25 hari
Iklan
Najib (kiri) berbincang bersama peguamnya Hisyam (tengah) dan Zaid (kanan) selepas sidang media di Mahkamah Persekutuan.
Prosiding kes rayuan terakhir Najib semakin dramatik apabila bekas Perdana Menteri gugurkan firma Zaid Ibrahim
SHAH ALAM - Drama prosiding kes rayuan terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak terus memuncak pagi ini apabila bekas Perdana Menteri itu menamatkan khidmat peguamnya daripada Zaid Ibrahim Sufian TH Liew & Partners (ZIST).
Ahli Parlimen Pekan itu bagaimanapun mengekalkan khidmat peguam Hisyam Teh Poh Teik.