Punca China alami cuaca terlampau panas
Iklan
Sungai Yangtze di Wuhan, wilayah Hubei berada pada paras paling rendah untuk tahun ini sejak rekod dikumpulkan pada tahun 1865. - Foto ImageChina
BEBERAPA wilayah di China mengalami cuaca panas yang keterlaluan sejak kira-kira dua bulan lalu sehingga mengakibatkan pihak kerajaan terpaksa mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan kesannya terhadap penduduk di negara berkenaan.
Sebelum ini, Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC) di negara itu dilaporkan mengeluarkan amaran tertingginya yang pertama berhubung suhu tinggi pada 12 Ogos lepas iaitu yang pertama untuk tahun ini dan memperbaharuinya dalam tempoh enam hari berturut-turut.