Genta telah berbunyi
Iklan
Raja Ahmad bersama karya baharunya bertajuk Genta Telah Berbunyi: Masa Untuk Generasi Baru.
RENCANA ini ialah sedutan ucapan saya meluncur buku terbaharu Raja Ahmad Aminullah, Genta Telah Berbunyi: Masa untuk Generasi Baru pada 6 Ogos lalu.
Raja Ahmad, pelajar undang-undang yang lebih selesa menjadi penyair, penulis dan budayawan. Tetapi beliau bukan sekadar berkarya. Beliau aktivis.