Pas, UMNO perlu tetapkan matlamat kerjasama
Iklan
Mohammad Tawfik ketika program Sinar Live bertajuk “Kerusi MN Sandiwara Semata-mata?” yang diacarakan Hazwan Mokhtar dan disiar secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Khamis.
SHAH ALAM - Pas dan UMNO perlu menilai kembali matlamat kerjasama kedua-dua parti tersebut menerusi gabungan Muafakat Nasional (MN) sekiranya benar-benar mahu merampas 27 kerusi Parlimen milik pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Politik dan Pentadbiran Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, ini kerana kejayaan merampas kesemua kerusi tersebut tidak menjamin kestabilan politik khususnya dalam aspek penyatuan orang Melayu.