Ustaz Hanafi kongsi formula 5S 2Z lawan kanser
Iklan
Mohamed Hanafiah ketika menjadi tetamu dalam Program Bersama Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian.- Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
SHAH ALAM- Isteri dan sembilan anak menjadi motivasi dalam menghadapi kanser limfoma yang dihidapi sejak lima tahun lalu.
Pendakwah bebas, Mohamed Hanafiah Abdul Malek berkata, semangatnya lebih kuat untuk terus meneruskan kehidupan lebih-lebih lagi apabila mempunyai anak yang masih kecil terutama anak bongsu berumur lingkungan tujuh tahun.